LAKNATULLAHHHH!!
Isteri dalam pantang, bapa liwat bayi 23 hari
October 08, 2011
KUALA LUMPUR, 8 Okt —
Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya,
seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup
meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumah mereka
di Taman Sunway, Batu Caves di sini kelmarin.
Laporan media menyebut lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang
menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana,
sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya
itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.
Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi
malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang
berehat di ruang tamu rumah.
Dipetik Harian Metro hari ini, sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu
hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira pukul 4 petang apabila
melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.
"Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam.
Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.
"Dia mula curiga suaminya melakukan sesuatu yang buruk terhadap bayinya kerana
sedar sebelum itu lelaki berkenaan bermain bersama anaknya itu di dalam bilik," katanya.
Sumber berkata, tanpa pengetahuan suaminya wanita terbabit bergegas membawa
mangsa ke sebuah klinik sebelum doktor mengarahkannya melakukan pemeriksaan
semula di Hospital Selayang.
"Pemeriksaan doktor yang mengesahkan mangsa diliwat. Berang dengan perbuatan
terkutuk suaminya itu, wanita itu membuat laporan di Balai Polis Selayang," katanya lagi.
Sumber itu berkata, sebelum kejadian suspek mengajak ibu mangsa melakukan
hubungan seks, namun wanita itu enggan kerana dia masih pantang kerana
baru 23 hari melahirkan anak.
Lelaki itu ditahan malam kelmarin dan sedang direman selama empat hari.
Sumber juga berkata bayi itu berada dalam keadaan kritikal.
Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan
penahanan lelaki berkenaan untuk membantu siasatan di bawah
Seksyen 377 Kanun Keseksaan.
-sumber dari http://www.themalaysianinsider.com
p/s : kalau la hukum hudud betol2 sdg dilaksanakan, mmg kene potong la k**** jantan durjana nih!!!!
1 comment:
alahaiii... kenape laaaa aku baca jugak!! nangis aku aiii... Danialllllllll... miss u!
Post a Comment