Pepagi ni terbaca 1 post kt FB pasal kemuliaan ibu mengandung, melahirkan & membesarkan anak dalam islam. Indah sgt2..
Jom bace jap apakah kemuliaan2 itu :-1. Dua rakaat solat wanita yang hamil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. (Wajib la bersolat ye.. jgn time ngandung je solat tp time lain ngelat, kannnnn)
2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari. (So, selagi terdaya maka berpuasa lahhh. sket pun x rugi)
3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji. (Jgn takut nk merasa sakit bersalin ye sbb Allah dh janjikan yg terbaik utk kite)
4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. (Masyallahhhhh)
5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya. (Breastfeed.. breastfeed & Breastfeed.. nilainya susu ibu tu tiada tandingannye)
6. Wanita yang beri minum susu badannya kepada anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa. (Masyaallahhhhh)
7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. (Pesanan utk diri sendiri yg masih menyusukan baby farysh smpai skrg (1 tahun 1 bulan ++) - kene sabar, wpun dia dok mintak selalu..)
8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. (Masyaallahhhh... tp kene sabar & x bleh merungut la kannnn.. no meroyan2 la...)
9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat. (Rasa nak meleleh airmata sendiri... indahnya pemberian Allah utk ibu yg letih & x cukup tido itu)
Sesungguhnya Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang... ALLAHHU AKHBARR!
No comments:
Post a Comment