Friday, July 22, 2011

Aku yg BERTUAH!!

Aku sgt2 tertarik dgn satu petikan Hadith Riwayat Hassan bin Sofwan, AT Tabrani, Ibnu Asakir (sumber dari rakan blogger ni), yg berbunyi :-

"Seorang wanita yang redha mengandung bayi hasil perhubungan dengan suaminya yang sah dan suaminya pula redha kepadanya, maka Allah akan memberi ganjaran pahala sepertimana pahala puasa fisabilillah.Bila dia merasa sakit ketika akan melahirkan, maka Allah tambah lagi pahala yang tidak terkira oleh manusia oleh kerana terlalu banyaknya.Bila telah melahirkan anak dan dia menyusu dengan susunya sendiri, maka setiap teguk susunya Allah berikan satu kebajikan.Bila dia semalaman tidak tidur kerana menjaga anaknya yang sekejap-sekejap menangis, sakit dan sebagainya maka Allah beri lagi pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dalam Fisabilillah dengan ikhlas."

aku 'TERPANDANG' diri aku sendiri...
baru aku sedar yg aku nih amat BERTUAH...
Tapi tuh la, aku selalu mengeluh tau biler anak buat perangai, biler rs penat berjaga mlm.. hmmm... caner tuh? x baik2...

Indahnyer jadi seorang wanita-isteri-ibu kan? ;-)


 

3 comments:

Lizan said...

semoga Allah memberkati hidup kita... Watie ramai anak2, lagi la banyak dapat ganjaran, insyaallah ya dik.

nurichinta77 said...

insyaalahhhhhh... same2 kite doa & same2 dpt barokahhh... amin.

misha.w said...

nak share!