Tuesday, December 28, 2010

::Tazkirah ::

First of all, credit to Siti Asmah sbb sudi mengizinkan sy post her FB notes to my blog... Utk tatapan & renungan sesama kite.. Sy tau entry ni terlalu pjg utk dibaca, tp spend la sket mase anda utk membacanye sbg pedoman kite sbg hamba Allah yg telah diciptakan dgn keistimewaan masing2... Layannzzzz....

BUNGA YG CANTIK JARANG BAU HARUMNYA..


Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah "cermin" dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu... setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, 'beauty in the eye of beholder'.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah... mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua'lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak... boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa... tapi peluangnya untuk "cantik" tetap serupa!

~ Just my 2 cents.. twinnnkkk! ~

Friday, December 17, 2010

:: Sekitar Majlis Persandingan Adik Sy Yg Cantik kt Kedah ::

 Sabtu lepas, 11hb Disember 2010 berlangsung majlis persandingan adik sy yg cantik tu dgn pasangan pilihan hatinye Mr. D di rumah kami kat Pokok Sena Kedah. Actually dorang dh menikah dh pd Sabtu, 27.11.2010, dh honeymoon pun. Sesape yg x tau update psl pernikahan dorang, g la bc entry ni. Sy selitkan 2-3 keping gamba dia nikah utk tatapan.

:: Wajah gumbira seorang gadis yg dh bergelar ISTERI ::

:: Ciuman dari SUAMI tercinta ::

:: I Loike!! ::

:: Sbhgn family yg ikut ke masjid ::


Okey, dh nikah then bersanding la plak kan. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar, wpun hujan turun sekejap sblm majlis bermula. Dia dan kakak2nye cantik sgt arie tu, rs gembira tgk dia tersenyum.. semoga berbahagia ye dik, dan dpt anak ramai2 mcm kak tie, amin.... hehehe


 :: Haaa.. no kompang2 on that day ok.. kitaorg buat lagi klasik.. tuh dia, gendang keling kitaorg pggl dgn geng silat lg ::

 :: Cantik kan? hmmm... rs cam nkkawen lg sekali la.. ahaksss ::

 :: Kusyuk giler tgk persembahan silat.. kat cni xder gamba bdk2 silat, mls nk upload byk2 ::
 
 :: Org blkg tabir yg byk membantu, terima kasih utk diri sendiri.. ROCKKK!!!! ::

Seronok sgt majlis hari tuh sbb semua sanak sedara dtg, wpun x baper nk cukup korum.. ye la, ader yg x dpt cuti la aper la.. xper, no hal.. majlis tetap berlangsung dgn jayanye... walaupun keesokkan arienye ader "adegan terlampau" yg x sanggup sy nk citer kt cni sbb kt entry ni semua yg best2 je nk citer.. nanti2 kalo ader mase, sy wat entry khas utk DE' KASIH COLLECTIONS yg servicenye cam P***** tu... hehehe...

Sehingga ketemu lagikk, salam....

Thursday, December 16, 2010

Universal Studio of Singapore - Day 02

Setelah hampir 2 bln baru berkesempatan nk update psl jln2 kt USS nih.. aduyai, byk sggh komitmen yg perlu diberi perhatian.. ngeee...Tp xper la kan, asalkan berupdate..  kwn2 pun x tertunggu2 citer selanjutnye... so, meh kite layan gambo k.. dh xder idea dh nk berceloteh sebenarnye.. hehehe..

 ~ Bfast dulu sblm naik bas menuju destinasi. Boss dh pesan, isi perut penuh2 ~

 ~ Abis mkn, amik gamba dgn boss plak ~

 ~ Kwn2 seperjuangan yg dh kenyang perut & berkobar2 nk g USS ~

Lepas semua dah kenyang & puas bergamba, semua naik bas & terus shoot ke USS.. dlm lebih kurang 40 menet, kitaorg pun smpai.. umang aihhh..seronoknye la, especially bdk2.. :-)

 ~ Rombongan cik kiah bergamba ramai2 depan bola biru yg gah tu sbg kenang2an. I Loike!! ~
 
 ~ Santek kan? ~

Memasing bergambaq bagai nk rak, walaupun panas terik, tp senyuman tetap manis & menarik. membayangkan betapa gembira perasaan masing2 lps menjejak kaki ke USS..

~ Yeahhhh... dh masuk dh dlm USS.. kami bakal memulakan perjalanan yg memenatkan.. bkn senang wey, tgk map USS je dh berpinau bijik mato.. hmmm.. tp xper, kite layannn je ~

 ~ Madagascar ~

 
 ~ Haaa.. kat cni mmg tmpt bergamba, kalo nk gamba yg cantik, kene byr SGD12.00, tp kitaorg pakai  kamera sendirikkk, so FOC je.. ahaksss! ~

 ~ tgh pressure tggu giliran nk main game bodo nih.. ape ke name pun dh x igt dh.. ~

 
 ~ kt blkg sane tu adalah giant roller coaster, kalo x silap la kan, nih adalah roller coaster yg tertinggi di dunia (hrp x slh la fakta ni). Tp skrg under maintenance, xleh main. Jd amik gambo je la ~

~ santek sgt2 castle ni, namanye FAR FAR AWAY.. kat cnilah tmpt org tgk 4D Shrek. Tp kami sefamily x masuk sbb crowded giler, cian kt bb Farysh.. Tp rs rugi besar la x g masuk tgk, sbb org ckp BEST!!!! huwaaaa.....~


~ smpai separuh pengembaraan, si tecik ni nk nenen.. x psl2 kene patah balik g babyroom kt guest entrance depan sanunnn.. adehh! cam nk tercabut kaki! ~

~ terpaksa sewa stroller ni SGD10 you.. hubby dh penat dh dukung si mamat sorang ni.. tp dia xmo duduk la plakk, at last abg bulat dia yg duduk.. muahaha... ~

~ OTW patah balik nk g ke Lost World, kitaorg terserempak dgn mamat itam ni. ape lg, amik gamba la.. ~

 ~ Pelik si Qais tgk abahnye yg terjelir ~

 ~ comelsss! ~

 ~ Dgn Mr. Woody Wood Pecker ~

 ~ Along & Angah main2 menan bodo lg, tggu 40 menet tuhh... ~

 ~ Tgk Live Show kt Water World. Budak tecik nih kene bogel sbb panas!! ~

~Kt Jurassic Park~
Actually, perjalanan kitaorg sefamily berakhir takat nih je, dh x lalu lagi nk berjalan.. (padahal terlost).. muehehehe... so, bergambar2 je la lepas tu.. Lps nih ader The Lost World, The Mummy Revenge, The Hollywood. Tp dh x lalu, then pinjam gamba kengkawan je la.. meh layan...
 
~ Credit to Bro Rizal yg encem tp sawan ni sbb pinjamkan gamba dia dgn mummy ni.. minah sblh nih mmg x kenal, mekasih la jugak kt dia.. huhuhu ~


~ Tengok je la pd muke sy yg dh itam ni, aduyai.. penat woo.. bahu nk patah. Tuh pun sib baik pakai bb pouch ni, if not jenuh la... ~

 ~ Last pic before say goodbye to USS ~

 Pengembaraan kitaorg berakhir kira2 jam 5.30 ptg. memasing penat tahap gaban.. seriously! Tp yg bujang2 semua komplen cakap x cukup mase. mmg ar, x abis selongkar pelusuk USS tu. tp xper, nanti korang kawen, korang g la honeymoon sane yek. Dgr citer waktu mlm lg best sbb ader fire crackers show..  Sesape yg blom pegi tuh, sila2 la bawak2 diri anda ke sane, best sgt2. 

Entrance fee: Weekend SGD72, Weekdays SGD66. Untuk kanak2 korang check la sendirik ehhh. hehhe :-)
 
~ Okey, Qaisy dh nk blk hotel, dh penat laaa.. byee ~

Smpai kt Hotel JB dh pukul 8pm.. mmg tired.. gileressss.. nk mkn pun rs x larat nk angkat sudu garfu tp seb baik menu best, so hentam puas2.. balik bilik nanti, tido!

 ~ Bb Farysh dh nk titun, esok bgn pg nk berangkat balik KL dh. pastuh senin mama & abah keje.. wakakaka.. nite2! ~

Perghhhhh.. penat giler on Day 02 nih, sepenat sy wat entry ni.. bagai nk pegsan nk ngabihkan!!! papepun, pegi la wey... best!

Wednesday, December 1, 2010

:: Sekitar Majlis Ijabkabul Adik Sy Yg Cantikk ::

I'm supposed to continue with Singapore Trip entry, tp nanti dulu la sbb sy (sj nk pakai word "saya" plak, lebih sopan kan drpd pakai word "aku"..) nk update psl majlis pernikahan adik sy Nur Azura, yg bleh dikategorikan sbg majlis nikah bidan terjun.. hahaha... how can it be??? meh sy storykan kt sini.

Alkisahnye, majlis nikah adik sy ni sepatutnye berlangsung pd 10.12.10 (cantikkan tarikh tu?), tp disbbkan hari tersebut jatuh pd 4hb Muharram, so org tua2 srh awalkan. dorang ckp x elok nikah dlm bulan muharram, umpama tanam pisang di musim kemarau. So, dorang pun aderkan discussion and come out with the result i.e. adik sy kene nikah awal 2 mggu iaitu 27.11.10 tarikh dh x cantik. Hmmmm... selamat!!! eventhough kitaorg adik-beradik dh cuba tegakkan kebenaran, tp dorang xmo pakai... HAMPEHH!!

Maka bermula la "penyakit sakit otak" utk adik sy ni memikirkan preparation yg kene buat dlm mase yg teramaaaat la singkat. Everything kene pk dlm mase 4 hari.. giler kan? dr bende kecik2 smpai la ke isu majlis tu sendiri, semua nk kene pk balik..cian dia. Tp sib baik adik sy ni bergeliga otaknye, dlm dok "sakit2 otak" dok pk itu ini, at last dia berjaya setelkan satu persatu. SYABAS! and the best part is sy kene jd mak andam bidan terjun dia.. well, ok. sy set je. dh org kasi kepercayaan then sy kene la do the best! huhuhu..

Maka dia pun selamat diijabkabulkan dgn jejaka idaman hati Mr. Dasuki pada 27.11.2010 lepas zohor dgn sekali lafaz, alhamdulillahhhh... meh layan gambo handphone yg dh diedit supaya nmpk cantik... layanzzzzz....

 
 ::Adikku yg cantik (tp kt gambo ni nmpk mekap tu over giloss sbb edit x agak2 kan.. hehehe). Papepun credit tu Dik Suria sbb pinjamkan bulu mate+Eyeshadow::

 ::Mas kahwin sebanyak RM1,884.00 diserahkan oleh Mr. Dasuki setelah sah sbg suami isteri::

 ::Cium2 tgn tanda suke jd isteri dia, hik2::

::Upacara batal air sembahnyang.. yeyy! dpt rantai tgn comell, i loike!::
 ::Muahhhh kt dahi isterinye yg cantik::

 ::Part yg menyentuh hati pengantin & org sekeliling "ayah, terima kasih atas RESTUMU ayah"::

Hhmmm.. tetiba touching plak tgk gambo last tu.. terkelu jap lidah sy ni.. Ayah dh "lepaskan" 4 org ank gadisnye kt orang.. hmmm... MEKASIH AYAH, semoga kami kan sentiasa bahagia dengan restumu Ayah.. X lupe jugak utk mak yg tersayang, we loves u mak! (gamba mak xder kt sini sbb mak x ikut g mesjid, bz kt umah)..

Itu la serba sikit psl majlis akad nikah adik sy tu, nanti biler dh dpt gamba dr kamera DSLR tu, sy akan update lg k.. more stories coming.. TUNGGUUUUUUU...

Friday, November 26, 2010

:: Merudum lagikkk!!!! ::

Hari ni hasil pump aku merudum lagik! 1st session cuma dpt 6.5 oz je.. terasa sedih tp xmo ikutkan sgt perasaan ni sbb nanti lg effect kt hasil next pumping aku. **sigh**

2 mggu lepas aku dh experience cenih jugak tp lg teruk, aku stress giler biler pk kan hasil pumping aku yg sket. Bayangkan lah, biasanye aku leh kumpul smpai 10-12 oz per session, tp time merudum tu aku hanya bleh kumpul 4-6oz shj. Tp aku xmo lyn sgt ketensionan aku tu, so aku fikirkan cara caner nk kembalikan susu aku yg dh merudum tu. So, aku pun mulekan misi aku & antara usaha aku adalah seperti di bawah :-

 ::Pil ASI::
~makan pill ni 5 biji, 3 kali sehari~

::Jantung Pisang::
~rebus & makan dgn nasi~

 ::Air Longan::
~beli longan kering, rebus dgn gula batu & buat air minum - yummy!~

 ::Brokoli::
~ rebus & makan sebagai ulam dgn nasi~

Aku dh try mkn/minum semua2 yg di atas mase first time aku experience susu merudum dan alhamdulillah, lepas 2-3 hari susu aku kembali meriah.. aku hepi sgt2. Tp hari ni dh jadi balik plak, kurenggg giler! aku x tau la naper.. mgkn lepas ni aku nk try 2 bende di bawah ni :-

 :: Pil Fenugreek - nk beli kt sini::

:: Nursing Tea - nk beli kt sini::

Tp entah biler la nk g beli, mgkn beli online la kot. cepat & mudah. :-)

Hope lepas nih, makin meriah susu aku ni utk dibekalkan pd buah hati ku BB FARYSH yg chomel tu. muahhh!