Monday, May 30, 2011

Baby Food #01

Kali ni, aku nk kongsikan resepi moi bby yg aku buat utk putera ke-5 ku iaitu Muhammad Farysh Syabil yg kini berusia 9 bulan ++. Dia mula makan moi sejak berusia 7 bln. Ade org pelik kenapa lambat sgt aku kasi dia makan moi. Buat aper nak pelik, sbb aku sekadar menyahut seruan & cabaran utk menyusu bayi secara eksklusif sehingga 6 bulan tanpa makanan lain mahupun air. Dan aku dh pun berjaya dan smpai ke hari ni dia masih menyusu badan. Alhamdulillah.

Pada mulanye, aku bagi dia makan nestum je atas alasan dia baru nk blajar makan, kuantitinya pun sket je nanti. So malas la nak buat moi utk dia. Lagipun buat moi kan amik mase yg lame. So, decide makan nestum je la. Memula dia accept, tp biler dh msuk 2 mggu centu dia mula reject. Aku igt dia nk rasa lain2 perisa kot, so aku tukar. Tp lastly aku give-up sbb dia terus-terusan reject nestum.

Pastuh aku pun try la buat sket utk dia cuba. Memula buat beras + carrot je, lps seminggu aku campur sayur2 lain lg, bg meriah.. Mak oiii!! Dia makan banyaaakkkkk!! Mmg teruja aku tgk. Nak tahu aper resepi & cara aku buat moi tu? Meh teruskan bacaan korang..

Bahan2 :- Beras, Bayam - amik daunnye shj, Carrot, Bunga Kobis / kentang & Sedikit garam

Cara2 :-

• Cuci beras masukkan ke dalam periuk. 

• Cuci kesemua sayuran & potong kecil2. Kemudian masukkan ke dalam periuk yg berisi beras td, tambahkan air dgn nisbah 4:1.

  
• Tambahkan sedikit garam.

• Masak atas api sederhana kecil sehingga kesemua bahan tadi lembut & menjadi bubur.


• Angkat & tuangkan bubur td ke dalam penapis. Letakkan penapis di atas bekas makanan.


• Lenyekkan bubur td dgn menggunakan gelas @ bekas air yg mcm dlm gamba ni. Lenyek sampai habis. (buat cenggini je, x pyh nk pk2 nk beli grinder ke ape, jimaaatt you).


• Biler dh siap, rupanya jadi mcm ni.


:: cantik kan warna & tekstur nye ::

Kebiasaanye, aku akan buat dlm kuantiti yg banyak, cukup utk seminggu. Simpan elok2 dlm peti sejuk kemudian setiap pg aku akn keluarkan dalam 3-4 senduk, panaskan & masukkan ke dalam food storage utk dibekalkan kt bb farysh ke taska.

TIPS : BERI BAYI ANDA MAKAN SESUATU PERISA UNTUK 4 HARI SECARA BERTERUSAN UTK MEMUDAHKAN IBU2 MENGENALPASTI ALAHAN BAYI (SEKIRANYA ADA) TERHADAP SESUATU BAHAN YG DIGUNAKAN DLM MAKANAN.

:: taraaaa.... Time for meal ::

haaa... Mcm tuh la cara2 aku sediakan food utk bb farysh selama 3 bln ni. Mgkn lps ni aku akan pelbagaikan perisa & tekstur moi tu dan aku pasti akn share kan di sini lg.

So, hingga bersua kembali, Assalamualaikum..

:: Moral of the story - BERIKAN HANYA YG TERBAIK UTK ANAK ANDA ::

3 comments:

misha.w said...

raisya dah tanak makan tekstur halus mcm ni. msti kene lenyek ala2 hancur tak hancur sbb kalau tak buat camtuh, die juih balik mknan tu & trus paling muka tanak mkn. sabo je la si diva kecik tu. huhuh

nurichinta77 said...

Raisya d lil' diva tuh kan advance dr farysh. serba serbi dia dpt dulu dr farysh.. jeles! huhuhu

misha.w said...

takpe kak tie, advance setakat beberapa minggu jek. yg penting, farysh lg semangat dr raisya skrg. :)