Monday, May 30, 2011

::Tazkirah #02::

KESILAPAN MENDIDIK ANAK

KESILAPAN PERTAMA:
Tidak mewujudkan suasana keislaman dalam keluarga.Contohnya,solat jemaah.Apabila anak sakit,kita mudah risau tetapi lupa akan kesihatan rohani mereka.Ada ibubapa yang solat,tetapi tidak pernah memastikan anak mereka solat juga.Ini adalah berdasarkan pengalaman yang saya lalui apabila berhadapan dengan pelajar yang bermasalah.Apabila ditanya,ada yang menyatakan ibubapa tidak pernah menegur mereka untuk melakukan solat tetapi boleh menegur mereka dalam perkara-perkara lain.

Wahai saudaraku,ingatlah firman Allah swt:
'Dan perintahkanlah keluargamu mengerjakan sembahyang,dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya.Kami tidak meminta rezeki kepadamu.(bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamuDan ingatlah kesudahan yang baik bagi orang yang bertaqwa.'
(Surah Thoha:132)

KESILAPAN KEDUA:
Dalam arus kemodenan yang kita lalui kini,ada ibubapa yang mendidik anak mengikut acuan masyarakat barat.Orang Barat hidup tanpa panduan agama dan hanya mengikut selera nafsu.Apa kesudahannya jika kita ikut acuan mereka?
Ibubapa merasa bangga jika anak dapat bertutur dalam bahasa asing tetapi tidak pernah merasa bersalah jika anak tidak tahu mengaji!
Jangan kata semua remaja tahu mengaji,bahkan yang tidak tahu sembahyang pun ada!Menurut kajian yang dijalankan ke atas pelajar di beberapa sekolah menengah,didapati hanya 15% daripada mereka yang mengerjakan solat subuh sebelum pergi ke sekolah!
Ini hakikat yang kita perlu fikirkan di mana para remaja semakin menjauh dari persekitaran Islam yang sebenar.Tanggungjawab siapakah ini?

Firman Allah swt:
'Hai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu,penjaganya malaikat-malaikat yang kasar,yang keras,yang tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan kepada mereka...
(Surah At-Tahrim:6)

KESILAPAN KETIGA
Anak-anak tidak dididik dengan ilmu agama secukupnya.Bahkan ada kejadian di mana ibubapa meninggal dunia,anak-anak hanya berdiri di luar rumah kerana mereka tidak kenal huruf AlQur'an,tidak tahu memandikan mayat dan tidak tahu solat! TETAPI... hafal pula nyanyian lagu dan tahu dunia artis.Doa.....jauh sekali.

Ingatlah duhai ibubapa,segalanya perlu bermula dari awal...dari mereka kecil lagi.Ibarat pohon ranting jika diluruskan ia akan lurus...tetapi jika telah menjadi kayu,ia tidak akan bengkok jika dibengkokkan.Hidupkanlah jiwa tauhid dalam hati mereka agar terpimpin dengan ikatan iman yang teguh.Bila meningkat dewasa,amat sukar untuk membentuk mereka.

Sabda Rasulullah saw:
'Setiap anak yang dilahirkan itu telah membawa fitrah beragama(perasaan percaya kepada Allah).Maka kedua orangtuanyalah yang menjadikan anak tersebut beragama Yahudi,Nasrani atau majusi.'

KESILAPAN KEEMPAT
Ramai ibubapa risau jika anak mereka tidak dapat keputusan yang baik dalam pelajaran dan ada yang sanggup berhabis wang ringgit semata-mata untuk memastikan kejayaan bagi anak mereka.Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anaknya cemerlang dan mencipta nama di persada dunia.Tidak salah berkorban untuk anak...
TETAPI pada masa yang sama jangan lupa menggarap ajaran ilmu agama ke dalam jiwa mereka.Janganlah kita terlalu ghairah untuk kejayaan ilmu duniawi semata.

Apakah kita ingin melihat anak kita menjadi peguam yang bercakap bohong...atau jurutera yang rasuah?Semoga dijauhkan oleh Tuhan!

Gandingkanlah ilmu dunia dan akhirat agar mereka
dapat mengimbangi kemewahan dunia dan akhirat.Jika tidak,anak-anak akan lebih suka mengejar kepuasan material dari spiritual....lebih suka mengejar kesenangan dunia dari kesenangan yang kekal abadi.
 KESILAPAN KELIMA
Dari kecil anak-anak didedahkan dengan cerita-cerita dongeng yang sebahagiannya khayalan semata-mata.
Sepatutnya ibubapa mendedahkan mereka dengan sejarah para nabi dan rasul,orang-orang soleh,tokoh-tokoh Islam supaya mereka membesar menjadi remaja yang sempurna.

KESILAPAN KEENAM
Para ibu memang gemar memasak,tetapi adakalanya makanan yang dihidangkan boleh membawa mudarat kepada anak-anak. Makanan yang boleh mempengaruhi minda mereka seperti makanan berlemak,snek,buah yang tinggi kandungan asidnya,makanan berlemak dan MSG hendaklah dielakkan.
Tabiat pemakanan banyak mempengaruhi cara hidup kita.Memang tidak dapat dinafikan bahawa banyak penyakit yang menyerang manusia adalah berpunca dari makanan yang dimakan.Kita adalah apa yang kita makan!
Justeru itu....adalah penting untuk kita mengatur tabiat pemakanan yang baik

Sabda Rasulullah saw:
'Perut adalah pangkal segala penyakit.Menjaga pemakanan adalah pokok sekalian obat.'
Semoga apa yang saya kongsikan bersama ini dapat menjadi panduan dan ingatan untuk semua.Anak adalah harta yang paling berharga bagi ibubapa.Jangan kesilapan yang kita lakukan membawa kita ke arah kebinasaan.
'Pohon yang tumbuh di taman syurga tidakkan sama dengan pohon yang tumbuh di tanah yang gersang'

Anak -anak yang kita didik tidak dapat lari dari digugat oleh persekitaran dan langit yang tiada sempadan.Seribu satu macam musuh dan ancaman menanti anak-anak kita sepanjang perjalanan hidup ini.

Apakah bekal mereka untuk mengatasi semua ini?Semuanya bermula dari kita sendiri.Jika ditakdirkan anak-anak kita kalah dalam perlumbaan menggarap ilmu dunia,usah bersedih kerana kita tetap menang di akhirat justeru kesusahan kita mendidik mereka dengan peraturan Tuhan!
 
 

Baby Food #01

Kali ni, aku nk kongsikan resepi moi bby yg aku buat utk putera ke-5 ku iaitu Muhammad Farysh Syabil yg kini berusia 9 bulan ++. Dia mula makan moi sejak berusia 7 bln. Ade org pelik kenapa lambat sgt aku kasi dia makan moi. Buat aper nak pelik, sbb aku sekadar menyahut seruan & cabaran utk menyusu bayi secara eksklusif sehingga 6 bulan tanpa makanan lain mahupun air. Dan aku dh pun berjaya dan smpai ke hari ni dia masih menyusu badan. Alhamdulillah.

Pada mulanye, aku bagi dia makan nestum je atas alasan dia baru nk blajar makan, kuantitinya pun sket je nanti. So malas la nak buat moi utk dia. Lagipun buat moi kan amik mase yg lame. So, decide makan nestum je la. Memula dia accept, tp biler dh msuk 2 mggu centu dia mula reject. Aku igt dia nk rasa lain2 perisa kot, so aku tukar. Tp lastly aku give-up sbb dia terus-terusan reject nestum.

Pastuh aku pun try la buat sket utk dia cuba. Memula buat beras + carrot je, lps seminggu aku campur sayur2 lain lg, bg meriah.. Mak oiii!! Dia makan banyaaakkkkk!! Mmg teruja aku tgk. Nak tahu aper resepi & cara aku buat moi tu? Meh teruskan bacaan korang..

Bahan2 :- Beras, Bayam - amik daunnye shj, Carrot, Bunga Kobis / kentang & Sedikit garam

Cara2 :-

• Cuci beras masukkan ke dalam periuk. 

• Cuci kesemua sayuran & potong kecil2. Kemudian masukkan ke dalam periuk yg berisi beras td, tambahkan air dgn nisbah 4:1.

  
• Tambahkan sedikit garam.

• Masak atas api sederhana kecil sehingga kesemua bahan tadi lembut & menjadi bubur.


• Angkat & tuangkan bubur td ke dalam penapis. Letakkan penapis di atas bekas makanan.


• Lenyekkan bubur td dgn menggunakan gelas @ bekas air yg mcm dlm gamba ni. Lenyek sampai habis. (buat cenggini je, x pyh nk pk2 nk beli grinder ke ape, jimaaatt you).


• Biler dh siap, rupanya jadi mcm ni.


:: cantik kan warna & tekstur nye ::

Kebiasaanye, aku akan buat dlm kuantiti yg banyak, cukup utk seminggu. Simpan elok2 dlm peti sejuk kemudian setiap pg aku akn keluarkan dalam 3-4 senduk, panaskan & masukkan ke dalam food storage utk dibekalkan kt bb farysh ke taska.

TIPS : BERI BAYI ANDA MAKAN SESUATU PERISA UNTUK 4 HARI SECARA BERTERUSAN UTK MEMUDAHKAN IBU2 MENGENALPASTI ALAHAN BAYI (SEKIRANYA ADA) TERHADAP SESUATU BAHAN YG DIGUNAKAN DLM MAKANAN.

:: taraaaa.... Time for meal ::

haaa... Mcm tuh la cara2 aku sediakan food utk bb farysh selama 3 bln ni. Mgkn lps ni aku akan pelbagaikan perisa & tekstur moi tu dan aku pasti akn share kan di sini lg.

So, hingga bersua kembali, Assalamualaikum..

:: Moral of the story - BERIKAN HANYA YG TERBAIK UTK ANAK ANDA ::

Friday, May 27, 2011

:: KISAH BULAT MAIN BOLA #1 ::

Selasa lps, 25hb May, putera ke-3 ku iaitu Zarith Tuffail a.k.a Bulat telah menyertai tournament bola antara tabika bg peringkat DUN Bkt Antarabangsa. Tabika dia dpt tempat ke-3. Tahniah utk bulat & kwn2nye. Dpt la medal sebijik seorg + kulit yg makin kelam.

Pd awalnye, aku x tau pun aper position dia kt dlm team dorang tau. Tp dia ader la dok blk umah citer2 psl training bola, dia main keeper katanye, tp aku x caye.. sbb bulat nih mmg suke ckp meraban. Huhuhu.. Smpai la mlm lps tournament tuh, cikgunye sms kt aku bgtau dia kene main lg sekali lps cuti sekolah nanti. Aikkk?? Main lagi?? Aku mcm pelik + hepi. 

Rupa2nya, dia adalah satu diantara 12 player terbaik dr pasukan yg menang, terpilih utk main diperingkat daerah pulakkkk. Wallaweyyyyy... Syabas la utk bulat!! Mama sgt hepi utk bulat, tp sowi sbb mama x dpt ikut bulat hari tu sbb keje. Tp nanti mama janji mama akan ikut mase tournament yg akn dtg k. Ngeeee....

Next tournament lps cuti sekolah nanti tp tarikhnye blom ditetapkan lg. Yg pastinye, bukak je sesi persekolahan nanti, dorang akan start training. Seminggu 2 kali iaitu setiap selasa & khamis kalo x silap la. So Bulat, get ready! Kene minum milo tiap2 hari tu. Hehehe

Okey la, kt bwh ni aku selitkan gamba bulat dgn medal comel dia tu. Gamba kt pdg xder la pulakk.. Hmmmm..
:: Tgk la hepi je dia sengihhh.. Huhuhu ::
 
:: MORAL OF THE STORY : SUPPORT LA  MINAT ANAK2 ANDA ::

Wednesday, May 25, 2011

::Qais & OWInye::

Qais tersangatlah sukekan lori a.k.a OWI.. Ntah dh baper bijik dh dia ader tp tuh la, maintenance lgsg x jaga, byk yg dh lingkup. So, yg tggl hanye yg ader dlm gamba ni.



Qais bleh main lori dia smpai tertido.. Tgk pic bwh ni.. Nmpk x dia dh start isap jari dia? Haa.. Tuh dh nk tido la tu. Hehehe...

 


Aku x kisah nk belikan toys a.k.a NENAN (mainan-dlm bahasa kamus dewan bahasa) utk qais sbb dia pandai main, pandai jaga.. Kalo bwk ke mana2, dia x akan tgglkan sesuka hati tp akn pegang je sepjg masa. Even kt nursery pun. Maka perangai & attitude begitu haruslah dipuji.

Walau bagaimanapun, aku x la suke manjakan anak2 dgn nenan (bkn nenen).. Sbb nanti takut melekakan. lgpun, mcm membazir duit je kalo berlebihan.. Sekadar kasi biar ader je dh cukup. Nanti karang org sekeliling pk aku kuda plak. Hoh, kuda??? Ye la.. Kuda kan biler berlari mengeluarkan bunyi ''kudukut...kudukut...kudukut...''. Hmmmmm....

<MORAL  OF  THE  STORY : MANJAKAN  ANAK  BIAR  BERPADA>